Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 12. 43 tengah malam itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu, Kelantan.
“Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax dari arah bertentangan memasuki laluan bas dan melanggar bahagian kiri bas. Pelanggaran itu mengakibatkan kenderaan berkenaan berpusing dan melanggar dua buah kereta yang diletakkan di hadapan sebuah restoran.
“Dalam kejadian itu, kesemua 15 penumpang dan seorang pemandu bas tidak mengalami kecederaan. Polis masih mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang menghilangkan diri,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE