Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, polis turut merampas sejumlah dadah yang berada dalam simpanan suspek lelaki berusia 44 tahun itu.
“Hasil pemeriksaan polis di lokasi tersebut telah menjumpai sebanyak 22 gram dadah disyaki heroin bernilai RM880.
“Tangkapan dan rampasan barang kes dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPU untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Menurut Noorzainy hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas adalah untuk kegunaan suspek sendiri.
“Ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin.
“Suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya. - UTUSAN ONLINE