.... Mereka semakin berani, kali ini Islam dihina menerusi mesej ringkas di aplikasi Grab | AAKJ




“Dumb idiot, I am not gonna give you free money Melayu Bodoh dan Die in Hell…”
Ini antara mesej yang diterima oleh seorang pemandu Grab daripada penumpangnya selepas membuat tempahan.
Khabarnya, penumpang ini juga menghina Allah S.W.T sebelum membatalkan tempahan.
Terkejut kerana tiba-tiba menerima mesej sebegitu, pemandu Grab dikenali sebagai Murshid tertanya-tanya motif penumpang yang menggunakan nama Mac berbuat demikian.
Disebabkan memang tak puas hati, Murshid cuba menjejaki lokasi penumpang berkenaan yang tidak jauh dari lokasinya berada.
Merujuk maklumat tempahan, penumpang telah menghantar mesej berbaur hinaan tersebut sekitar pukul 9.56 malam Khamis.
Difahamkan, ketika membuat tempahan dia berada di Jalan 51A/225 Seksyen 51 A, Petaling Jaya sebelum meminta dihantar ke Damansara, Petaling Jaya.
Setibanya di lokasi, pemandu Grab itu bertindak mendekati dua individu masing-masing lelaki dan wanita dalam sebuah kereta Toyota Vios.
Mungkin itu individu yang dicarinya, Murshid bertanya kepada lelaki berusia 20-an itu sama ada dia yang membuat tempahan Grab dan menghantar mesej itu kepadanya.
Mulanya tak mengaku tapi selepas didesak akhirnya lelaki terbabit mengaku.
Pada pukul 1:22 pagi hari yang sama, pemandu Grab berkenaan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.
Khabarnya, individu yang menghantar mesej itu turut melakukan perkara yang sama.
Polis menerima laporan itu dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk tindakan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan melukakan perasaan umat Islam.
Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din seperti dipetik laporan media tempatan.- MHE TV

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top