.... Meninggal dunia ketika solat tarawih | AAKJ




KUALA NERUS - Seorang kakitangan Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat tarawih di surau berhampiran Kem Seri Pantai, Seberang Takir di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Abdul Ghani Ngah, 56, yang merupakan pemandu kepada Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu dikatakan bersolat bersama atlet-atlet di surau berkenaan sebelum rebah.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Seberang Takir di sini untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia.
Abdul Ghani tinggal di Kampung Gong Tok Nasek di Kuala Terengganu itu dikatakan membawa Pengarah MSNT untuk memantau atlet yang meneruskan latihan rutin pada bulan Ramadan.
Jenazah kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris untuk urusan pengebumian.
Dalam pada itu, pihak MSNT turut menzahirkan ucapan takziah di laman Facebook rasmi malam tadi.
-sinarharian

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top