.... Malaysia masih tersenarai dalam Statut Rom, kerajaan perlu jawab. | AAKJ



Mengapa Malaysia masih dalam senarai Statut Rom?

Pertubuhan peguam mendesak penjelasan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengapa Malaysia dilihat masih berada dalam senarai menyertai Statut Rom meskipun telah sebulan Kabinet memutuskan menarik diri daripada statut tersebut.
Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, pihaknya mahu tahu apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian Luar untuk memastikan keputusan Kabinet itu dipatuhi.
Katanya, ini lebih-lebih lagi dikatakan Malaysia boleh menarik diri sebelum Jun tahun ini, iaitu sebulan dari sekarang.
“Jika tiada tindakan diambil, ia menunjukkan kelemahan dan sikap tidak akur Menteri Luar dalam menuruti persetujuan Kabinet. Saifuddin tidak sepatutnya membuat sesuatu yang bercanggah dengan Kabinet kerana beliau anggota Kabinet ataupun mengabaikan persetujuan tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
MALAYSIA masih berada dalam senarai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengikut maklumat
MALAYSIA masih berada dalam senarai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengikut maklumat terkini laman web Koleksi Triti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). – UTUSAN ONLINE
Pada 5 April lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom berikutan kekeliruan yang timbul dan menjelaskan Surat Cara Penerimaan Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah ditandatangani itu boleh ditarik semula sebelum Jun tahun ini.
Berdasarkan semakan dalam laman web Koleksi Triti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malaysia masih lagi berada dalam senarai mahu menyertai Statut Rom ICC sejak ditandatangani pada 4 Mac 2019.
Beberapa pihak sebelum ini turut menyuarakan desakan menuntut tindakan segera daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan malah sedia menganjurkan perhimpunan selepas Hari Raya Aidilfitri sekiranya Malaysia terus kekal tidak menarik diri.
Pada masa sama, Zainul Rijal berkata, sekiranya tiada apa-apa lagi tindakan diambil oleh Kementerian Luar, rakyat yang berkepentingan disarankan memfailkan permohonan di mahkamah dinamakan sebagai semakan kehakiman untuk memohon mahkamah mengarahkan Menteri Luar memastikan Malaysia menarik diri sebelum Jun ini.
“Permohonan boleh dibuat di mana-mana mahkamah tinggi di Malaysia. Permohonan semakan kehakiman ini perlu dilakukan dengan segera supaya beliau (Saifuddin) mempunyai masa untuk menguruskan penarikan diri Malaysia daripada menyertai Statut Rom,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top