.... Longgarkan syarat dana raya untuk rakyat Terengganu: Ahmad Said | AAKJ




KUALA TERENGGANU - Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memohon supaya kerajaan negeri meringankan syarat permohonan Dana Raya 2019 dengan mempertimbangkan pendapatan isi rumah daripada minimum RM1,100 kepada RM2,000 atau RM2,500.
Katanya, ia bagi meringankan lagi bebanan kewangan akibat peningkatan kos sara hidup yang ditanggung rakyat negeri ini.
"Ramai yang hantar pesanan ringkas (mesej) tanya saya pasal dana raya kali ni. Kalau tengok masa dulu kita tidak kenakan syarat yang begitu ketat.
"Tahun 2015, gaji RM2,500 layak memohon dana raya. Bermula 2016 hingga 2017, kita longgarkan lagi syarat kepada RM3,000 bagi membolehkan lebih ramai rakyat Terengganu menerima manfaat ini," katanya menerusi satu kenyataan di laman sosialnya hari ini.
Ahmad berkata demikian bagi memberi respons terhadap persoalan diajukan kepadanya mengenai syarat permohonan Dana Raya 2019 Terengganu yang dilihat agak ketat berbanding sebelum ini.
Ahmad yang selaku Pengerusi UMNO Terengganu berkata, beliau berharap perkara itu mendapat perhatian Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
"Kita minta jasa baik MB berilah sedikit kelonggaran kepada pemohon tu terutamanya syarat gaji minimum RM1,100 kepada RM2,000 atau RM2,500 supaya lebih ramai rakyat Terengganu turut merasai seperti dulu.
"Negeri kita pun baru dapat duit royalti. Biar ramai rakyat sama-sama dapat merasa duit raya untuk ringankan sikit beban kewangan dan dapat sambut Aidilfitri kali ini dengan meriah sempena setahun pemerintahan Pas," katanya.
Dalam pada itu, katanya,kenaikan harga barang yang dialami rakyat ketika ini perlu diberi perhatian.
"Kita tahu rakyat lening (sekarang) tertekan dengan pelbagai isu semasa seperti kos sara hidup, kenaikan harga barang dan lain-lain.
"Nak harap ke kerajaan PH memang payah lah sebab berlainan fahaman, zaman PH semua harga barangan koho (makin) naik," katanya.
Terdahulu, Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri akan meneruskan pemberian Dana Raya 2019 dengan beberapa penambahbaikan bagi membolehkan bantuan itu dibuat secara lebih bersasar tahun ini.
Katanya, satu kaedah pertimbangan baharu akan dilaksanakan dengan menyasarkan kepada mereka yang benar-benar layak untuk menerima manfaat itu.
-sinarharian

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top