Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Temerloh, Hayatul Hafifi mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.
Difahamkan, suspek yang berusia 32 tahun menahan isteri dan dua anaknya yang menunggang motosikal sebelum mengacu pisau ke leher mangsa.
Suspek yang bercerai kira-kira tiga tahun dengan isterinya kemudian merampas wang tunai berjumlah RM400 dan telefon bimbit dibawa mangsa dengan nilai keseluruhan RM1,000. - UTUSAN ONLINE