.... KWAP tidak terikat arahan PM | AAKJ



KUALA LUMPUR: Panel pelaburan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) tidak terikat dengan arahan mana-mana pihak untuk melulus, menolak dan menangguhkan pinjaman dana.
Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden Jabatan Perundangan dan Kesetiausahaan KWAP, Azlida Mazni Arshad, ketika perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak.
Azlida ketika pemeriksaan balas oleh peguam Harvinderjit Singh, yang mewakili Najib, memberitahu mahkamah, panel pelaburan KWAP mempunyai hak untuk menilai kembali dokumen pemohon pinjaman dan meminta maklumat tambahan sebelum meluluskan sebarang permohonan.
Katanya, kertas pelaburan yang diserahkan kepada panel KWAP akan dinilai tanpa sebarang gangguan.
Beliau juga bersetuju dengan Harvinderjit bahawa panel pelaburan tidak perlu mendapat kebenaran menteri untuk membuat sebarang keputusan.
“Panel pelaburan mempunyai kuasa sama ada meluluskan, menolak, menangguhkan sebarang keputusan permohonan pinjaman serta meminta dokumen tambahan bagi sebarang pengesahan pinjaman.
“Panel pelaburan tidak terikat dengan arahan atau cadangan,” katanya pada perbicaraan kes yang masuk hari ke-17.
Saksi pendakwaan ke-35 itu turut bersetuju dengan cadangan Harvinderjit bahawa catatan tulisan tangan serta tanda tangan Najib yang menyatakan ‘bersetuju dengan cadangan ini’ dalam surat permohonan pinjaman SRC International itu adalah satu penyataan dan bukannya arahan dari Najib.
Beliau juga bersetuju dengan cadangan Harvinderjit bahawa Jabatan Pendapatan Tetap KWAP memahami nota catatan tangan itu bukanlah arahan.
Harvinderjit: KWAP perlu mempunyai satu wakil daripada Kementerian Kewangan?
Azlida: Ya
Harvinderjit: Pengerusi KWAP juga adalah Setiausaha Perbendaharaan?
Azlida: Ya
Pada perbicaraan itu, Azlida turut bersetuju Datuk Norzirah Bahari dan Tan Sri Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, yang juga wakil Kementerian Kewangan tidak pernah menarik diri daripada mengundi sama untuk meluluskan pinjaman RM2 bilion kepada SRC atau tidak.
-bharian

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top