.... Kerajaan PH Digesa Henti Main Politik, Fokus Kepentingan Rakyat | AAKJ



MELAKA, 7 Mei – Pakatan Harapan (PH) digesa untuk tidak terus bermain politik sebaliknya melaksanakan tanggungjawab dalam menjadi kerajaan, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Ir Idris Haron.
Katanya, sebelum ini PH selalu menyelar pentadbiran kerajaan lalu, Barisan Nasional (BN) namun sekarang ternyata mereka lebih teruk.
“Dulu cakap berdegar-degar nak bela nasib rakyat tapi bila dah ada kuasa tak buat kerja pula,” katanya.

Beliau yang juga bekas Ketua Menteri Melaka berkata demikian ekoran banyak kerosakan dan penyelenggaraan untuk rakyat yang gagal dilaksanakan oleh kepimpinan PH di negeri tersebut.
Antaranya ialah kerosakan jalan raya, paip yang bocor, rumput panjang selain kelembapan pelantikan kontraktor untuk kerja-kerja penyelenggaraan di setiap DUN.
“Itu menyeksa rakyat namanya… dari atas sampai ke bawah semua tak boleh harap,” tegas beliau.
Dalam masa yang sama beliau turut membidas PH yang dikatakan akan menaikkan kadar tarif air di negeri tersebut.
“Sudahlah kerja tak buat, tarif air pula nak naik… nama saja Pakatan Harapan tapi haprak,” bidasnya lagi. – MediaUMNO

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top