.... Jho Low tawar bantu rundingan ECRL – Daim | AAKJ



Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengakui Thaek Jho Low atau Jho Low pernah menghubungi beliau bagi menawarkan pertolongan dalam rundingan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Utusan khas Perdana Menteri bagi mengetuai rundingan semula dengan China itu bagaimanapun menolak tawaran ahli perniagaan yang sedang diburu oleh Malaysia serta beberapa agensi antarabangsa susulan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
“Kali terakhir beliau menghubungi saya adalah ketika rundingan ECRL.
“Saya menolak dan berkata tidak perlu (pertolongan Jho Low).
“Dia kata mahu menolong dan saya memberitahu beliau mengapa tidak balik ke sini?
“Datang ke sini dan beri taklimat kepada saya,” katanya dalam satu temubual dengan South China Morning Post.
Ini merupakan kali pertama Daim mengaku berhubung dengan Jho Low yang dipercayai sedang di China ketika ini.
Bagaimanapun, jurucakap Jho Low memberitahu This Week in Asia, ahli perniagaan itu tidak pernah menghubungi Daim dan sebarang kenyataan yang bertentangan adalah tidak benar. -Agensi

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top