.... Jho Low banyak ambil duit 1MDB untuk dirinya - Tun Mahathir | AAKJ




PUTRAJAYA: Kerajaan mempunyai bukti ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mengambil banyak dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk dirinya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dana yang diperolehi balik hanya RM2 bilion berbanding RM42 bilion pada Jho Low.
"Masih ada banyak wang yang hilang... yang kita dapat tak banyak, kita dapat kurang RM2 bilion. Dia (Jho Low) mencuri dan kehilangan semua. Daripada 1MDB sahaja, dia telah mengambil RM42 bilion, siapa dapat, siapa ambil, ada di mana?

"Kami ada masalah cuba mengesan di mana dia berada tetapi kami masih memburunya," katanya semasa sidang media di pejabatnya di sini, pada Isnin.

Jho Low yang dikehendaki kerana terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dibatalkan pasportnya oleh kerajaan Malaysia pada 15 Jun tahun lalu sehingga menyukarkannya pergi ke negara lain.

Tindakan kerajaan membatalkan pasport Jho Low sebelum ini adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Imigresen, untuk menghalang pergerakan Jho Low selepas beliau dikehendaki hadir ke Malaysia untuk disoal oleh pihak berkuasa.
-astroawani

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top