.... Anwar bimbang Bakun guna KWSP, wang pencen | AAKJ



Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kebimbangannya terhadap kemungkinan kerajaan mengarahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) KWSP dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang projek Empangan Bakun.
Ini kerana, katanya, tindakan itu boleh menutup kerugian kerana projek itu akan mengalami kenaikan kos mendadak akibat kelewatan.
"Siapa yang akan membayar kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 billion ini?
"Adakah perdana menteri akan secara senyap-senyap mengarahkan KWSP dan KWAP melupuskan sebahagian dari RM5.75 billion hutang yang diberikan kepada projek Empangan Bakun, untuk menutup kerugian itu?" soalnya.
Baru-baru ini, dilaporkan perbezaan pendapat antara kerajaan persekutuan dan Sarawak mengenai harga apabila projek ini diserahkan kepada kerajaan negeri.
Perbezaan ini memungkinkan kerajaan pusat terpaksa menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM2 bilion apabila projek ini diserahkan kelak.
Dalam satu kenyataan hari ini, ketua pembangkang berkata empangan Bakun menjadi lambang layanan BM yang berbeza-beza kepada rakyat dan syarikat besar dalam pemberian subsidi.

"Di mata BN, 20 sen subsidi bagi setiap kilogram gula yang dinikmati rakyat adalah beban yang cukup besar kepada pentadbirannya, tetapi pada masa yang sama ia menghadiahkan subsidi korporat berbilion ringgit kepada syarikat besar tanpa rasa bersalah sedikit pun," katanya.
Katanya, sikap tidak peduli perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa membiarkan wang rakyat terus digunakan dalam projek itu sangat bertentangan dengan pendapatnya mengenai subsidi minyak dan gula.
"...sedangkan sasaran penjimatan perbelanjaan kerajaan adalah terlalu kecil berbanding dengan wang rakyat yang digunakan untuk membiayai projek empangan Bakun setakat ini," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.
-malaysiakini

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top