.... 50,000 ekar tanah adat Pensiangan diluluskan Kerajaan Warisan kepada Chia Fook Kung? | AAKJ



Dari tanah Darau, Kg Warisan, Kg Boronuon, 180 ekar Sook, Kg Numbak, Kg Kurol Melangi Teluk Likas dan kini 50 ribu ekar tanah adat Pensiangan. Mungkin banyak lagi telah diluluskan diam-diam oleh Kerajaan Warisan




KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa menyiasat permohonan tanah seluas 50,000 ekar oleh seorang cina bernama Chia Fook Kung di pedalaman Pensiangan.

Notis PPHT ini tular sebelum ini namun sehingga kini tiada penjelasan dari Kerajaan Negeri

Menurut notis Jabatan Tanah dan Ukur, Pemungut Hasil Tanah Daerah Nabawan yang ditandatangani oleh Hasinin Kinsim permohonan tanah itu telah diterima pada 23 Mac 2007 dan dipamerkan sehingga 28 Mei 2019 ini untuk maklum balas.

“Sesiapa yang menuntut Hak Anak Negeri Ikut Adat yang termasuk dalam tanah tersebut mestilah membuat kenyataan tuntutan kepada saya samada secara lisan atau bertulis pada atau sebelum 28 Mei 2019”, katanya.

Notis ini tular sehingga ke hari ini namun tiada penjelasan dari kerajaan atau pelbagai pihak berkaitan perkara ini menjelang tarikh 28 Mei itu. Tujuan permohonan 50,000 ekar tanah itu ialah bagi penanaman ladang kelapa sawit.

Dalam komen-komen netizen di laman sosial mereka hairan bagaimana permohonan yang tidak diluluskan kerajaan sebelum ini kini dihidupkan semula oleh kerajaan baharu.

Dalam keadaan rakyat susah, kos sara hidup meningkat, tanah adat dirampas menjadikan rakyat lebih terhimpit.

“Tidak tahan melihat keadaan orang tempatan terhimpit sudah ni. Terus terang tak mahu lagi kejadian seperti ini”. kata seorang pengguna facebook Viclon Lon.

Permohonan tanah adat tersebut dilihat tidak munasabah dan tidak wajar diterima di zaman Malaysia baharu dan tidak wajar Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan meluluskan tanah adat rakyat. Sepatutnya kepentingan rakyat Sabah dilindungi, penduduk kampung diberi keutamaan tetapi mereka bertindak sebaliknya.







Sumber pejabat tanah mendedahkan permohonan itu mendapat sokongan pemimpin kerajaan warisan.

Netizen Pensiangan mempersoalkan mana pergi Ketua Cabang PKR Pensiangan Raymond Ahuar yang juga Setiausaha Politik Timbalan Ketua Menteri Sabah? Mana pergi Ketua Bahagian Warisan Pensiangan dan DAP yang dulu rajin mengkritik kerajaan lama?

Sekarang bila dah berkuasa pemimpin Warisan pula memohon tanah-tanah seperti di Sook dan pensiangan.

Oktober 2018 tahun lalu penduduk daerah Sook kecoh apabila surat yang diminitkan oleh Shafie Apdal mengenai permohonan tanah negeri untuk tanaman kelapa sawit dan buah-buahan seluas 15 ekar bagi 12 orang pemohon (180 ekar) tular mengaitkan sebagai orang luar Sook. Begitu juga banyak tanah dan kampung digazetkan untuk PTI. Boleh baca artikel berkaitan.

[http://sabahkini2.com/en/news/1946/50000-ekar-tanah-adat-pensiangan-diluluskan-kerajaan-warisan-kepada-chia-fook-kung/view]

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top