.... Video TMJ komen 'baik tukar PM' tak patut - Pemimpin Bersatu | AAKJ




Pihak istana perlu menghormati pilihan rakyat dalam mengundi kerajaan hari ini yang telah memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, kata Anggota MPT Bersatu Mohd Rafiq Naizamohideen.
Beliau mengulas sebuah video yang merakam Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Video itu memaparkan Tunku Ismail sedang beredar meninggalkan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium di Larkin, Johor selepas pasukan bola sepak JDT 1-0 tewas kepada Shandong Luneng pada perlawanan Kejuaraan Liga AFC pada malam Rabu.
Ketika kenderaan SUV berwarna hitam yang membawa TMJ lalu, peminat JDT melaungkan "hidup TMJ" tetapi ada seorang yang berkata "tukar Mora" merujuk jurulatih JDT, Benjamin Mora.
Tunku Ismail duduk di bahagian depan kenderaan SUV yang kemudiannya tiba-tiba berhenti dan pewaris takhta kesultanan Johor itu mengeluarkan kepala baginda dan bertitah: "Daripada tukar Mora baik tukar perdana menteri."
Ini mengundang tawa peminat JDT, yang mana Tunku Ismail ialah pemilik kelab bola sepak itu.

Dalam suatu kenyataan, Mohd Rafiq berkata pihak istana akan dihormati sekiranya menghormati hasrat rakyat.
"Parti-parti politik yang menang pilihan raya berkuasa dan berhak memutuskan kedudukan perdana menteri.
"Semua orang, termasuk institusi diraja perlu menghormati pilihan rakyat pada pilihan raya lalu," katanya
-malaysiakini

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top