Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Husam Baderudin berkata, meskipun pelbagai halangan dan sabotaj dilakukan oleh PH namun tidak menghalang untuk orang ramai hadir pada program ini.
“Saya yakin dan percaya mereka yang pernah membuat kesalahan seperti saya (percaya fitnah PH) dahulu hadir pada malam ini kerana sudah hilang kepercayaan pada PH.
“Sebab dulu harapan nak selamat negara, bila dapat selamat atau bahaya ?.
“Orang dah muak, asyik salah kerajaan dahulu. Kalau sebula dua bulan boleh terima, ini sudah sampai setahun masih guna alasan sama. Rakyat sudah sedar lebih banyak penipuan daripada kebenaran yang dilakukan PH,” katanya semasa berucap pada majlis tersebut.
Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd. Jamil Khir Baharom, pemimpin-pemimpin setempat UMNO dan Pas serta ribuan orang.- UTUSAN ONLINE