Mirror melaporkan, tindakan lelaki berusia sekitar 30-an itu menyebabkan penumpang lain cemas ketika pesawat Airbus A319 tersebut dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Gatwick ke Pisa, barat Itali.
Menurut saksi, lelaki tersebut bagaimanapun berjaya ditahan oleh beberapa penumpang lain sebelum sempat membuka pintu pesawat.
Jurucakap polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pisa memberitahu, suspek berasal dari Siena, Itali dan telah disoal siasat mengenai kejadian tersebut.
Easyjet memaklumkan, kapten pesawat EZY8233 telah menghubungi menara kawalan mengenai tingkah laku penumpang berkenaan ketika penerbangan ke Itali.
-utusanonline