Mangsa, Raja Maryam Darlisha Raja Ismail, 3, dijumpai oleh kakaknya yang berusia 12 tahun pada pukul 11.30 pagi di dalam bilik air berkenaan.
Ibu mangsa, Razwaniza Yaakob, 39, memberitahu ketika kejadian, dia tidak menyedari keadaan anaknya itu kerana sedang menyusukan bayi kecil.
Katanya, dia mengetahui kejadian malang itu selepas menyuruh seorang lagi anak perempuannya mencari Raja Maryam di bilik air.
“Bagaimanapun saya terkejut apabila mendengar jeritan cemas anak dan menangis apabila melihat Maryam sudah tidak bernyawa.
“Ketika kejadian suami saya tiada di rumah,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd. Taufik Maidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gua Musang oleh ahli keluarga untuk bedah siasat.
“Mangsa disahkan meninggal dunia dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya. - UTUSAN ONLINE