Jose Avila-Agurcia bertindak di luar kewarasan selepas mengetahui hakikat bahawa beliau bukan bapa kepada bayi tersebut.
Bayi malang itu meninggal dunia di hospital akibat kecederaan di kepala.
Doktor mengesahkan bayi itu turut mengalami keretakan pada tulang rusuk akibat dipukul lelaki berkenaan.
Suspek, yang berasal dari Honduras, tinggal di Amerika Syarikat (AS) dan pernah diusir keluar AS sebanyak lima kali.
Beliau kini dipenjara dan tidak dibenarkan untuk diikat jamin.
Pada masa yang sama, Agurcia juga bakal dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan pendakwaan atas pembunuhan dilakukannya.- AGENSI