Menu


Sebelum ini Guan Eng bertegas tidak mahu meluluskan BMT dari LIGS. Namun kerana PRK dan protes rakyat Lim Guan Eng terpaksa akur luluskan peruntukan tambahan

PRK Sandakan telah menyelamatkan Junz Wong. Junz Wong Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah yang gagal menangani masalah harga getah di Sabah selain gagal mendapat Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) buat pekebun kecil getah sebelum ini akhirnya menarik nafas lega apabila Menteri Kewangan terpaksa meluluskan peruntukan BMT itu.

Kementerian Kewangan sebelum ini mengumumkan pemberian BMT sebanyak RM600 bagi pekebun kecil getah di bawah Risda di seluruh negara, Disember ltahu alu namun bagi pekebun getah bawah LIGS di Sabah Guan Eng berkata tidak layak.

Tindakan pilih kasih Menteri Kewangan itu akhirnya diprotes oleh Pekebun kecil getah bawah LIGS mempersoalkan sikap kerajaan PH menganaktirikan rakyat Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Junz Wong gagal, Lim Guan Eng tidak luluskan BMT pekebun kecil getah Sabah ]

Protes Rakyat terhadap Kerajaan PH

Bagaimanapun hari ini Lim Guan Eng Menteri Kewangan U-Turn dan mengumumkan  70,000 pekebun kecil getah di Sabah akan menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 melibatkan peruntukan tambahan kira-kira RM42 juta yang diluluskan Kementerian Kewangan.

-sabahkini2


 
Top