.... Kapal mewah ‘Equanimity’ kini ‘Tranquility’ | AAKJ




PETALING JAYA: Kapal mewah “Equanimity” yang bernilai AS$250 juta yang didakwa dibeli dengan dana 1MDB kini dikenali sebagai “Tranquility”, menurut sebuah laman pengesan kapal.
Kapal itu yang baru-baru ini dijual kepada pengendali kasino, Genting Malaysia Bhd pada harga AS$120 juta sekarang berlabuh di Singapura, menurut marinetraffic.com.
Kapal sepanjang 91m itu didakwa dibeli ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho dengan wang yang diambil daripada 1MDB.
Kes berkaitan 1MDB sedang disiasat berhubung pengubahan wang dan rasuah di sekurang-kurangnya 6 negara.
Genting Malaysia, yang juga mempunyai sebuah kasino di Sentosa, Singapura dilapor berkata kapal itu dibeli untuk melayan pelanggan-pelanggan VIP.
-freemalaysiatoday

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top