.... Gara-gara mangsa lapor gangguan seksual | AAKJ




DHAKA - BANGLADESH. Seorang pelajar perempuan dibakar sehingga mati di Bangladesh atas arahan pengetua selepas beliau membuat laporan gangguan seksual, kata polis hari ini.
Kematian Nusrat Jahan Rafi, 19, minggu lalu mencetuskan bantahan besar-besaran di negara Asia Selatan itu, sehingga Perdana Menteri Sheikh Hasina berjanji akan menghukum semua penjenayah terlibat.
Nusrat diperdaya naik ke bumbung sebuah madrasah dihadirinya, di mana penyerangnya mendesak beliau menarik balik laporan polis dibuatnya.
Selepas enggan, beliau disimbah minyak tanah sebelum dibakar hidup-hidup.
Polis berkata, salah seorang daripada 17 suspek yang ditahan menuduh pengetua madrasah mengarahkan serangan itu.
"Pengetua itu memberitahu mereka supaya memberi tekanan kepada Nusrat untuk menarik balik kes itu atau membunuhnya jika beliau enggan,” kata pegawai polis Mohammad Iqbal yang mengetuai siasatan.
Nusrat membuat laporan gangguan seksual itu kepada polis bulan lalu, dan sebuah video yang dibocorkan menunjukkan seorang ketua balai polis tempatan mengambil laporan itu tetapi menganggapnya “bukan perkara besar”.
Iqbal berkata sekurang-kurangnya lima orang ditahan, termasuk tiga rakan sekelas Nusrat yang mengikatnya dengan tudung sebelum membakarnya.
Nusrat melecur 80 peratus anggota badannya dan meninggal dunia di hospital pada 10 April.
Tetapi, beliau sempat merakam video sebelum meninggal, mengulangi tuduhannya kepada pengetua. - AFP
source- SINAR HARIAN

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top