Menu

IKLAN


KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd dijangka mengurangkan 30 peratus tenaga kerja pengurusannya dalam tempoh tiga tahun dalam usaha syarikat perladangan itu mengecilkan kosnya, sambil mengoptimumkan aset sebagai sebahagian pelan pemulihan menyeluruh.
Pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar dunia itu menyasar untuk mengurangkan sehingga 6,000 kakitangan sebagai sebahagian rancangan pemulihan selepas ia merekodkan kerugian besar RM1.07 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018, demikian menurut sumber kepada sebuah akhbar kewangan.
Kerugian itu yang terburuk dicatatkannya sejak disenaraikan pada 2012, berikutan rosot nilai besar dan harga MSM rendah.
Sumber berkata, pemberhentian itu akan membabitkan sebahagian 20,000 kakitangan di ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur serta beberapa pejabat serantau.
Proses pembehentian sedang dijalankan dengan seramai 667 kakitangan menerima Skim Pemisahan Mandatori FGV pada 2018.
Skim itu membabitkan bayaran berjumlah RM72 juta dan penjimatan tahunan RM25 juta.
Menjelang Jun tahun ini, kira-kira 500 pekerja lagi akan diberhentikan, kata seorang sumber.
Sumber : bharian


 
Top