.... Dia pekak, Dr M jawab Asri tuduh pemimpin PH tak pertahan Islam | AAKJ




KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad membidas Mohd Asri Zainul Abidin sebagai “pekak” selepas mufti Perlis itu mendakwa suara “mempertahankan Islam” sukar kedengaran dalam kalangan pemimpin pentadbiran hari ini.
Mahathir berkata sekiranya Asri boleh mendengar, sudah tentu dia tahu tentang pelbagai perkara yang dilakukan kerajaan sekarang demi Islam dan umatnya.
“Sebab dia pekak. Kalau dia boleh dengar, kita buat macam-macam untuk orang Islam, dan agama Islam. Tetapi dia tidak dengar,” katanya ketika ditemui selepas majlis Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) ke-20 hari ini.
Perdana menteri diminta memberikan reaksi kepada kenyataan Asri hari ini, di mana beliau berkata suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini melainkan sejumlah kecil.
“Realiti ini menjadikan rakyat makin akur bahawa Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini,” kata mufti Perlis itu.
Asri dalam catatannya membidas penahanan Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu, dalam satu ucapan di Masjid As Siddiqin di Kampung Panchor, Kelantan pada 30 Disember tahun lalu.
Beliau berkata Zamri ditangkap walaupun berkongsi pengalaman peribadi menukar agama, tetapi individu-individu dalam kerajaan yang dianggap menghina orang Islam dan menimbulkan ketegangan kaum “hanya dipanggil untuk beri keterangan”.
Zamri disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana mengganggu keharmonian dan mengeluarkan kata-kata menghina.
-freemalaysiatoday

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top