Pengarah filem tersebut, Namron dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik manakala pelakon, Amerul Affendi diumum sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
Selain itu, anugerah Filem Terbaik dimenangi oleh filem dari Filipina yang bertajuk Signal Rock, arahan Chito S. Rono, lakonan Christian Bables and Keanna Reeves.
Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pula dimenangi oleh mendiang Kristoffer King dari Filipina menerusi filem bertajuk Kristo, manakala Anugerah Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh pelakon Indonesia Raihaanun menerusi filem 27 Steps of May.
Lebih 100 filem dari 10 negara ASEAN bertanding dalam sembilan kategori AIFFA 2019 yang berlangsung di Kuching, Sarawak, tahun ini.
AIFFA adalah pertandingan dwi-tahunan bagi pemain industri filem dari 10 negara ASEAN. - UTUSAN ONLINE