Berita yang tular termasuk menerusi aplikasi WhatsApp itu memaparkan makluman dalam bentuk berita dan rakaman suara.
Rakaman suara berkenaan adalah seperti berikut:
“Berita terbaharu diterima Ahli Parlimen Temerloh, Timbalan Menteri Kerja Raya, Anuar Tahir telah kembali ke Rahmatullah. PRK lagi..PRK lagi..siap siaga.”
Setiausaha Sulit Ahli Parlimen Temerloh, Ahmad Tarmizi Ismail berkata, pihaknya kesal dengan berita tidak benar yang sengaja dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab itu.
“Ia adalah palsu dan fitnah yang tidak boleh terus dibiarkan dan kita akan membuat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE