Keempat-empat mereka berusia antara 34 hingga 50 tahun itu ditahan semasa diambil keterangan di pejabat suruhanjaya tersebut di sini, antara pukul 6 hingga 6.30 petang, semalam.
Ketiga-tiga penjawat awam yang bertugas di Unit JKR Tentera Negeri Kedah di Sungai Petani dekat sini itu, kemudian direman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Jurucakap SPRM berkata, kesemua individu terbabit disiasat terhadap dua tuntutan palsu, melibatkan perkhidmatan latihan kakitangan kursus pemasangan penyaman udara dan pengudaraan mekanikal (kediaman dan komersial ringan).
Katanya, tuntutan pertama berjumlah RM19,950 dan yang kedua, RM6,806.
“Jurutera itu berpakat dengan pemilik sebuah syarikat untuk membuat tuntutan terhadap program latihan yang tidak wujud pada Mei dan Oktober lalu.
“Dua lagi penjawat awam iaitu pembantu tadbir kewangan dan pembantu kemahiran pula bersubahat bersama pegawai tersebut,” katanya.

Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kedah dan seorang kontraktor untuk direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM26,756 yang didakwa berlaku pada tahun lalu di Mahkamah Alor Setar di Kedah, hari ini. 
Dalam pada itu, perintah tahanan reman selama tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di sini, Noor Lyana Ab. Rahim.
Pengarah SPRM negeri, Datuk Shaharom Nizam Abd. Manap mengesahkan penahanan berkenaan. - UTUSAN ONLINE