.... 80,000 akan masuk PPBM di Sabah? | AAKJ



PPBM bersetuju untuk mengembangkan sayapnya ke Sabah susulan satu mesyuarat pimpinan tertinggi parti itu, hari ini.

Difahamkan bahawa keputusan itu, yang mungkin tidak menggembirakan sekutunya di negeri itu, Warisan, yang sebelum ini menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap langkah tersebut, dibuat secara sebulat suara.

Sumber PPBM memberitahu FMT, kira-kira 80,000 rakyat Sabah dijangka menyertai parti itu.

“Ini angka permulaan, tetapi ia dijangka bertambah lebih banyak,” katanya.

FMT juga difahamkan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi kawalan langsung ke atas “bentuk dan wajah” parti itu di Sabah.

“Ini bertujuan menghalang percubaan untuk menggagalkan matlamat dan perjuangan parti,” sumber itu menambah.

Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka mengumumkan keputusan itu hari ini.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top