.... Tony Pua tersingkir dalam pemilihan DAP Selangor | AAKJ



Mantan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua jelas semakin tidak medapat tempat di hati akar umbi khasnya di negeri apabila tersingkir dalam pemilihan negeri sebentar tadi.

Sebelum ini Tony sudah membuat pengumuman untuk tidak bertanding lagi merebut jawatan Pengerusi dengan mahu memberi laluan kepada muka baharu.

Dalam usaha untuk merebut satu daripada 15 kerusi jawatankuasa yang dipertandingkan beliau hanya sekadar tempat ke-19 undian sebanyak 292 sahaja.

Jumlah itu bersama dengan Ahli Dewan Undangan Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin.

Pemilihan DAP berlainan sedikit kerana merangkumi dua peringkat di mana perwakilan akan memilih 15 calon bagi kepimpinan negeri.

15 calon yang mendapat undi tertinggi itu kemudian akan memilih di kalangan mereka untuk jawatan tertinggi seperti Pengerusi, Timbalan dan ahli jawatankuasa yang lain.

Berikut adalah calon yang terpilih dalam jawatankuasa DAP Selangor:-

1) Ng Sze Han (491 undi)
2) Tiew Way Keng (463 undi)
3) Ronnie Liu (442 undi)
4) Ng Suee Lim (439 undi)
5) V Ganabatirau (429 undi)
6) Lau Weng San (421 undi)
7) Lee Ching Hung (410 undi)
8) Lee Fu Haw (400 undi)
9) Gobind Singh Deo (393 undi)
10) Lai Wai Chong (391 undi)
11) Ean Yong Hian Wah (384 undi)
12) Tee Boon Hock (345 undi)
13) Teng Chang Khim (335 undi)
14) Ong Kian Ming ((324 undi)
15) Lee Kee Hiong (302 undi)

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top