.... SPRM siasat C. Sivarraajh | AAKJ



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiasat Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk C. Sivarraajh berhubung dakwaan merasuah pengundi Orang Asli untuk menyokong Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu.

Timbalan Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki mengesahkan Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC itu disiasat, namun enggan mengulas lanjut.

"Siasatan berhubung perkara itu sedang berlangsung," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu menurut sumber, siasaaan tersebut turut melibatkan beberapa individu lain dan akan dipanggil bagi dirakam percakapan.- UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/sprm-siasat-c-sivarraajh-1.797737#ixzz5Yb4CcRD0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top