.... Siti Hasmah Gesek Biola Untuk Arwah Adib Bomba | AAKJ



Siti Hasmah Mohd Ali berhasrat mendedikasikan persembahannya bersama Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir sempena Konsert Duo Lagenda pada 22 Disember ini kepada anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ditemui pada sesi latihan di Istana Budaya pada Selasa, Siti Hasmah masih diselubungi rasa sebak dengan pemergian Adib selepas tiga minggu Allahyarham bertarung nyawa akibat kecederaan parah yang dialami ketika bertugas di kuil Sri Maha Mariamman, 27 November lalu.

"Saya nak dedikasikan persembahan itu nanti kepada Adib. Saya masih tak boleh (bercakap tentang Adib), sebak sangat," katanya.

Siti Hasmah bakal mengiringi persembahan dua penyanyi legenda itu menerusi gesekan biola dalam satu segmen untuk persembahan malam VVIP pada 22 Disember ini.

Tiga lagu dipilih untuk segmen istimewa itu ialah Engkau Laksana Bulan, Fatwa Pujangga dan Gubahanku.

Konsert Duo Legenda bakal berlangsung dari 20 hingga 23 Disember ini di Istana Budaya.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top