.... Rusuhan kuil: V Ganabatirau beri keterangan hari ini | AAKJ



EXCO Selangor V Ganabatirau mengesahkan akan memberi keterangan kepada pihak polis mengenai kenyataannya dalam isu Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Kemuning berkata, pihak polis akan mengambil keterangan petang ini, berhubung kenyataan yang menjadi kontroversi pada 26 November lalu.

“Saya sahkan akan dipanggil polis untuk diambil keterangan mengenai kenyataan saya tempoh hari.

“Sepatutnya saya perlu hadir ke Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor tetapi disebabkan ada mesyuarat perlu dihadiri, polis akan datang ke pejabat saya petang ini,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Shah Alam, hari ini.

Terdahulu, Ganabatirau melalui akaun Facebook miliknya memuat naik satu status berhubung kejadian yang berlaku di kuil berkenaan dengan mendakwa sekumpulan orang Islam menyerang kuil berkenaan, sekali gus menjejaskan keharmonian kaum.

Bagaimanapun, beliau dipercayai menyunting status itu dengan menggantikan ‘Muslim group’ kepada ‘group of gangsters’ (kumpulan gengster) beberapa jam kemudian berikutan kecaman pelbagai pihak.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top