.... Pemimpin Pelampau India Sebar Tuduhan Palsu, Dakwa Penganut Hindu Di Malaysia Disembelih | AAKJ



Pemimpin pelampau India buat tuduhan mengejutkan di sebalik kontroversi kuil Seafield, mengatakan kuil itu “dirobohkan” manakala wanita dan kanak-kanak dibunuh secara ganas.

“Dalam percubaan oleh penghasut peperangan untuk mengelar leher wanita dan kanak-kanak, leher dan tengkuk mereka dikerat dengan teruk sekali,” kata Arjun Sampath, yang mengetuai Parti Rakyat Hindu, sebuah parti pelampau Hindu, dalam suratnya kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Tamil Nadu 2 hari lalu.

“Pasukan polis hanya terlopong melihat kejadian luar biasa itu. Tanpa sebarang tindakan terhadap penyerang-penyerang itu, mereka menyokong kejadian itu.

“Semua itu disiarkan di media sosial yang menggemparkan jiwa jutaan Tamil Hindu serata dunia,” katanya.

Kenyataannya dalam bahasa Inggeris itu menggunakan ungkapan yang keras antaranya “fasis Islam”, “suka menumpahkan darah”, “xenofobia kejam”, “kekejaman”, “cuvanis Islam sempit”, dan “orang jahat”.

Menggesa kerajaan Malaysia menghukum dalang keganasan terhadap kuil itu, Arjun juga menggesa Perdana Menteri India, Narendra Modi mengecam Putrajaya kerana lambat bertindak balas ke atas isu itu.

Beliau juga merujuk kepada Zakir Naik, penceramah India yang kini menetap di Malaysia, dan berkata Islamisasi di Malaysia semakin cepat dan mengancam “komuniti selain orang Islam”.

Arjun seterusnya mendakwa belia yang mempertahankan kuil itu berhadapan dengan penyerang yang “memecahkan kepala mereka”.

Pada Isnin, sekumpulan orang menyerang kuil di Seafield, di tengah-tengah bantahan daripada sekumpulan penganut terhadap pemindahan struktur 40 tahun itu berdasarkan satu perjanjian persetujuan pada 2014.

Ia diikuti tunjuk perasaan ganas pada hari berikutnya, yang menyaksikan seorang anggota penyelamat diserang dan beberapa kenderaan terbakar. Keadaan penyelamat semakin pulih, manakala polis berkata keadaan sekitar kuil kembali normal.

Kuil itu sepatutnya berpindah pada 22 November dalam satu penyelesaian yang memenangkan semua pihak melibatkan pemaju iaitu One City, kerajaan Selangor dan 2 pihak yang menuntut pengurusan kuil, K Chellappa dan M Nagaraju.

Nagaraju kemudian mengubah pendiriannya, dan mengumpulkan beberapa aktivis Hindu untuk membantah rancangan penempatan semula itu.

Sementara itu, FMT menghubungi S Ramaji, yang mengetuai pasukan petugas Selamatkan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, dan Wisma Putra untuk mendapatkan respon. – FMT


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top