.... Pembunuhan Adib: Foto Mereka Yang Dikehendaki Tampil Ke Balai Polis | AAKJ



Polis sedang mengesan 38 individu lagi bagi membantu siasatan berhubung insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, individu-individu terbabit diminta tampil bagi membantu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai individu-individu tersebut juga diminta menghubungi pihak polis.

Mereka boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, DSP GK Shan Gopal (019-2714387), ASP Siasatan Perundangan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, ASP S Neeraj Durai (016-3565622) atau Inspektor (D13) Siasatan Databank DNA JSJ IPK Selangor, Insp Norsiah Hussin (012-7989973) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Muhammad Adib yang parah dipukul sekumpulan perusuh di hadapan kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya meninggal dunia jam 9.41 malam tadi.

Polis mengklasifikasikan kes kematiannya sebagai kes bunuh.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, sebelum ini kes kecederaan dialami Allahyarham disiasat sebagai cubaan bunuh.






Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top