.... PAS Terengganu Halau, Kunci Bilik CEO GLC? | AAKJ



KUALA TERENGGANU : Ketua Pegawai Eksekutif sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu (GLC) menerima perbuatan buruk beberapa hari ini setelah cuti hujung minggu.

Setelah tiba di pejabat beliau di jalan pejabat disini, beliau amat terkejut melihat bilik tersebut telah dirantai serta dikuncikan oleh seseorang yang berkepentingan dalam pentadiran kerajaan negeri Terengganu (PAS) hari ini.

Dikatakan juga, Ketua Pegawai Eksekutif dan beberapa orang Pengurus Besar anak syarikat itu tidak diberikan sebarang notis dan tindakan yang sama(mengunci) berlaku dipejabat masing-masing?

Apa yang pasti, beberpa keping gambar telah tular dilaman media social terutama aplikasi whatsapp sejak semalam membuatkan pelbagai spekulasi timbul sejak kebelakangan ini.

Dikhabarkan juga masalah ini berpunca dari perebutan kuasa diatara beberapa pemimpin Pas Terengganu hari ini yang mana masing-masing mahu menempatkan orang kanan masing-masing di GLC terkaya itu.



Bilik Ketua Pegawai Eksekutif GLC

Khabar angin juga menyatakan Pas Terengganu kini telah berpecah kepada 4 kumpulan kerana mahu merebut kekayaan negeri Terengganu dan pertama khabarnya, satu, Kumpulan Koperat Menteri Besar Terengganu (team luar), dua, kumpulan orang kanan-kanan Tuan Guru Presiden, ketiga, exco-exco yang lama seperti Adun Paka, Adun Bukit Payung, Adun Alor Limbat, Adun Chukai, Adun Bukit Tunggal, Adun Sura, dan keempat pemimpin akar umbi Pas Terengganu yang diketua Wan Mohd Faizul?

Maju Berkat Sejahtera yang ditanam didalam dasar pertadbiran kerajaan negeri Terengganu hanya donggengan semata-mata bagi mengaburi mata rakyat dan hakikatnya kerana wang dan hasil negeri yang berbilion ringgit menjadi tujuan mereka hari ini.


Bilik Pengurus Besar GLC

ADAKAH rakyat Terengganu masih buta? Dengan apa yang berlaku hari ini? Islam terus dilacurkan untuk kepentingan diri dan perut kepimpinan Pas Terengganu dan juga Pusat?


ZALIM PAS KEPADA RAKYAT YANG BERKHIDMAT


Dari : Rakyat Marhean


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top