.... MAHA 2018: Peniaga Mengeluh Rugi Berniaga | AAKJ




Peniaga-peniaga yang terlibat dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2018 di Dewan Maeps, Serdang mengeluh mengalami kerugian yang agak besar pada tahun ini.

Pemilik akaun Facebook, Abam Peah dalam statusnya membuat perbandingan menyertai MAHA tahun ini dengan tahun-tahun yang sebelumnya adalah amat mengecewakan.

Katanya, selama 11 hari terbabit dengan MAHA, jualan yang didapati tidak menghasilkan pulangan modal semula tidak seperti jualan yang dicapai ketika berlangsungnya Agro Fest Selangor.

Malah, ramai peniaga yang mengeluh ekoran dari kerugian yang dialami serta mengakhiri jualan mereka di Maeps itu.



MAHA merupakan jualan hasil dan produk pertanian yang diyakini menjadi daya tarikan pengunjung dalam dan luar negara.

Ia telah berlangsung sejak 22 November dan berakhir pada 2 Disember, hari ini.

Terdapat 1,500 khemah jualan yang dibuka seperti produk industri asas tani (IAT), buah-buahan dan sayur-sayuran segar, anak-anak pokok bunga, ikan dan makanan laur segar dan pelbagai lagi. – Suara.TV

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top