.... 'Cerita Tabung Haji' Keluar Di Saat Himpunan Daulat 812 | AAKJ



Ada satu laporan oleh media Singapura yang dimiliki kerajaan Singapura semalam (Ahad), yang tiba-tiba memetik orang dalam yang tidak dinamakan bahawa Tabung Haji telah kekurangan dana RM4 bilion.

Tuduhan ini tidak mendakwa RM4 bilion telah dirompak ataupun di curi tetapi mendakwa ada pemalsuan akaun yang membolehkan Tabung Haji untuk membayar dividen yang lebih tinggi dari sepatutnya untuk tahun-tahun yang lalu.

Pokoknya ialah ia satu tuduhan berat di mana Tabung Haji didakwa terlebih bayar dividen kepada semua pencarum untuk beberapa tahun.

Berat tuduhan ini. Iaitu membayar dividen yang terlalu tinggi. Alangkah kejamnya TH ini.

Bagaimana agaknya sebuah akhbar Singapura adalah media yang ‘membongkar’ isu ini pada minggu sama himpunan 812 yang dijangka disertai jutaan rakyat bakal diadakan? Siapa yang bercakap dengan akhbar milik kerajaan Singapura itu?

Bagaimana ini boleh terjadi pada ketika TH telah diaudit dan aset dinilai dengan teliti? Juga, anda perlu tahu bahawa TH dijamin sepenuhnya oleh kerajaan dan pendeposit tidak berada dalam situasi wang mereka akan hilang.

Saya lebih pelik dengan cadangan-cadangan yang diberi oleh orang dalam tidak bernama ini kepada media milik kerajaan Singapura ini untuk mengatasi masalah RM4 bilion ini.

Cadangan ini tidak lain dan tidak bukan ialah untuk Tabung Haji mengisytihar dividen yang jauh lebih rendah pada tahun ini untuk mengurangkan "jurang" RM4 bilion ini.

Semua tahu bahawa pasaran saham dan ekonomi kita berada dalam prestasi buruk sejak PRU14. Sudah tentu dividen akan lebih rendah untuk tahun ini.

Saya jangkakan kerajaan PH akan gunakan ‘kisah RM4 bilion’ ini sebagai alasan untuk menyalahkan BN dan mengisytihar dividen yang rendah untuk TH.

Tabung Haji di bawah kerajaan PH terpaksa membayar dividen yang sangat rendah tahun ini kerana kerajaan BN telah membayar dividen yang terlebih tinggi untuk tahun-tahun yang lepas.

Jalan yang paling mudah ialah untuk reka satu cerita untuk menyalahkan BN.

Najib Razak

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top