.... “Yang Hidup Senang Hari Ini Kamu Dan Maszlee,” Najib Bidas Wan Saiful | AAKJ



Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan kerana berterusan menyalahkan UMNO dan kerajaan terdahulu kononnya langsung tidak mempedulikan masa depan Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) dan anak bangsa.

Dalam nada sarkastik, Najib berkata, pihak yang kononnya tidak peduli itulah yang sebenarnya banyak membantu para peminjam, antara dengan pemberian diskaun bayaran balik sehingga 20 peratus.

“Yang tak peduli dululah yang beri pengecualian bayaran balik dan biasiswa untuk semua pemegang ijazah pertama.

“Yang tak peduli dululah yang benarkan bayaran balik dengan KWSP dan diberi diskaun juga.

“Yang tak peduli dululah yang lanjutkan tempoh mula bayar balik selepas pengajian kepada 12 bulan.

“Saya nak tanya, PH yang begitu prihatin dan ambil berat hari ini, apakah bantuan yang telah diberikan kepada pelajar?,” sindir Najib.

Najib menambah, kerajaan pimpinannya dahulu tetap komited meringankan beban graduan untuk membuat bayaran semula PTPTN sungguhpun belanjawannya kecil.

“Kini, Bajet PH jauh lebih besar RM314.5 bilion tetapi semua bantuan telah berkurangan atau ditarik balik.

“Yang hidup senang dan selesa hari ini kamu dan Maszlee. Cukuplah dengan alasan-alasan.

“Rakyat dah bosan dengar semua benda salah Kerajaan lama. Buatlah kerja dan tunaikanlah janji,” katanya lagi.

Terdahulu, Wan Saiful dilaporkan sebagai berkata kerajaan hari ini tidak boleh mencontohi akhlak buruk UMNO yang tidak mempedulikan nasib anak bangsa.

Kata beliau, UMNO lebih suka mempertahankan pemimpin yang rasuah dan tidak berfikir langsung mengenai tadbir urus yang baik. -SuaraTv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top