.... Rombakan Kabinet: Maszlee, Rina Tersingkir, Mustapha kembali? | AAKJ



Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka melakukan rombakan kabinet bulan depan sebelum tahun baru 2019 bagi melicinkan lagi jentera kerajaan.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun antara yang khabarnya bakal digugurkan.

Dr. Mahathir dilaporkan sangat tidak berpuas hati dengan prestasi beberapa orang menteri dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun hanya akan mengugurkan dua menteri ini. Beliau mahu melakukan perubahan segera sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.

Kuota parti Bersatu ini bakal diganti oleh Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Seri Mustpaha Mohamed dan Ahli Parlimen Sr Gading, Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh. Pada masa ini Dr Shahruddin merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Mustapha dijangka akan dilantik sebagai Menteri Ekonomi menggantikan tempat Datuk Seri Azmin Ali yang akan dipindahkan ke Kementerian Pendidikan. Manakala Dr Shahruddin akan mengambil alih tempat Rina Harun di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Dr Maszlee dan Rina sebelum ini adalah antara 13 yang terawal dilantik menganggotai barisan kabinet dan mengangakat sumpah jawatan pada 21 Mei 2018.

Ia disusuli pelantikan 13 lagi menteri pada 2 Julai lalu menjadikan jumlah keseluruhan menteri dalam Kabinet Dr Mahathir seramai 26 orang.
SUMBER

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top