.... Pas teruskan perhimpunan 8 Disember ini | AAKJ



Pas akan tetap meneruskan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini biarpun kerajaan menunjukan tanda-tanda untuk tidak meratifikasikan konvensyen tersebut.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya mendapati kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kerajaan khususnya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi jaminan bahawa ICERD tidak akan diratifikasikan.

Beliau berkata, sepatutnya kenyataan telah mengeluarkan kenyataan yang tegas dan rasmi bahawa tidak akan mendatangani konvensyen tersebut apabila mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

“Cuma Perdana Menteri kata sukar untuk dilaksanakan tetapi tidak ada satu kenyataan yang tegas bahawa kerajaan tidak akan ratifikasi.

“Jadi daripada pihak kita ada kebimbingan maka sebab itu dari segi politik himpunan pada 8 hari bulan ini mesti diteruskan bagi memberi isyarat tentang pendirian rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco Kerajaan Pas Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Pas dan UMNO untuk mengadakan perhimpunan pada 8 Disember ini bagi membantah ICERD.

Dalam pada itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, pihaknya bekerjasama dengan UMNO untuk perhimpunan itu sahaja tidak lebih daripada itu.

“Dari segi politik lain tidak ada, kerjasama ini lebih kepada isu-isu bersama,” katanya.

Sementara itu, beliau mengulangi desakan Pas supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan atau dipecat.

“Beliau perlu meletakkan jawatan sebab menimbulkan keresahan yang banyak dalam kelangan masyarakat sebab kita tengok sendiri komen termasuk bukan Melayu ramai yang tidak setuju dengan pendirian beliau.

“Benda ini telah berjalan dengan baik di Malaysia dari segi layanan yang baik kepada kaum bukan Melayu, peluang kerja dan orang lain semua boleh tengok,” katanya. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-teruskan-perhimpunan-8-disember-ini-1.791313#ixzz5XW3VuOBk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top