.... Moody’s turunkan taraf Petronas dari stabil kepada negatif | AAKJ



Tahniah Kerajaan PH, hari ini Moody’s telah “downgrade” outlook atau penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif.

Inilah dia hasil kecekapan menguruskan kewangan negara, dan langkah-langkah bijak yang diambil dalam Belanjawan 2019 seperti menjarah Petronas untuk bayar dividen tinggi bagi tampung kekurangan hasil.

Ini bermakna penarafan kredit negara pun berkemungkinan besar akan turut dipengaruhi.

Ini pun dalam keadaan harga minyak boleh dikatakan tinggi dan stabil sekarang ini.

Apa jadi kalau harga minyak jatuh?

Apa “buffer” atau penampan yang kita ada nak tampung sekiranya berlaku krisis harga minyak sekali lagi?

Kerajaan BN dahulu berusaha bersungguh-sungguh untuk kurangkan kebergantungan negara kepada hasil minyak dengan mempelbagaikan sumber, selaras dengan keperluan semasa dan sejajar dengan arus perkembangan ekonomi dunia.

Tapi Kerajaan PH nak kembali ke zaman lama pula. Tak pernah dibuat orang.

Najib Razak


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top