.... Menteri Berang Ditanya Bila Nak Letak Jawatan | AAKJ



Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dengan muka yang bengang enggan mengesahkan berita mengenai perletakan jawatan beliau sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) apabila ditanya oleh wartawan di satu sesi sidang akhbar pada hari konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Maszlee yang hadir untuk menyampaikan menyampaikan skrol kepada para graduan di UIAM ketika ditanya wartawan sama ada majlis ini yang terakhir dihadirinya sebagai Presiden, beliau tidak mengesahkan mahupun mengiyakan dan bertanya kembali kepada wartawan dimana mendapat berita itu.

Selepas menjawab berita itu datang dari pegawainya, Maszlee yang dilihat kurang selesa dengan soalan itu kemudian menjawab isu perletakan jawatannya tidak harus dibincangkan ketika majlis yang bermakna (istiadat konvokesyen) sedang berlangsung.

Justeru Maszlee merayu perkara itu dibincangkan pada hari lain.

Semalam media yang memetik sumber melaporkan Maszlee bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai presiden UIAM. - MK

SUMBER




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top