.... Kerajaan Selangor Beli SPLASH Dengan Harga 10 Kali Ganda? | AAKJ



Pada bulan Julai, saya pernah memberi amaran bahawa langkah kerajaan pusat meminjam dan membenarkan kerajaan Selangor untuk membeli syarikat air swasta SPLASH dengan harga 10 ganda lebih tinggi dari harga tawaran asal akan menjejaskan pemberian air percuma di Selangor.

Antara pemegang saham terbesar di dalam SPLASH ialah ahli korporat yang rapat dengan PH.

SPLASH kini telah dibeli dengan harga RM2.55 bilion berbanding harga RM250 juta yang ditawarkan oleh bekas MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Amaran saya menjadi realiti selepas MB Selangor yang baru mengumumkan pemansuhan air percuma untuk semua bermula tahun depan di DUN Selangor minggu lepas.

Tarif air baru SYABAS untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga akan diumumkan tidak lama lagi dan tidak mustahil jika ada kenaikkan.

Kerajaan BN dahulu tidak meluluskan pembelian SPLASH dengan harga tinggi ini tetapi selepas PH menang kerajaan pusat, mereka luluskannya dengan serta-merta.

Dari FB Najib Razak

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top