.... Kecoh di kuil Sri Maha Mariamman: 21 Ditangkap | AAKJ



Kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman USJ 25, Putra Heights menyaksikan jumlah tangkapan meningkat kepada 21 individu setakat ini, berbanding 17 orang semalam, kata Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, tangkapan terbaru menyaksikan dua lelaki ditahan lewat petang semalam manakala dua lelaki lagi ditahan awal pagi tadi dan kesemua mereka ditahan di sekitar kawasan kuil tersebut.

“Dua suspek yang ditahan pagi tadi ditahan bersama senjata parang yang ditemui di dalam kenderaan yang mereka naiki. Kesemua suspek yang ditahan akan direman dari semasa ke semasa bermula hari ini,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Menurut Mazlan, dalam rusuhan yang tercetus awal pagi tadi seorang anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Subang Jaya mengalami kecederaan selepas diserang ketika sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah kenderaan di luar kawasan kuil berkenaan.

Beliau berkata, sehingga hari ini juga, sebanyak 23 kenderaan telah dibakar dan sebuah jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat dirosakkan oleh kumpulan perusuh.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top