.... Kakitangan PetroSaudi Peras Ugut - Najib | AAKJ



Izinkan saya menjawab dakwaan dakwaan pemilik The Edge dan FundMyHome, Tong Kooi Ong, agar semua memahami.

Ketika Tong menunjukkan saya dokumen dokumen berkenaan pada Mac 2015, berikut adalah situasinya:

1. Semua dokumen yang ditunjukkan oleh Tong sebagai ‘bukti’ pada masa itu adalah berdasarkan kepada emel-emel daripada PetroSaudi yang dicuri oleh seorang kakitangan yang tidak berpuashati dan kemudiannya melakukan peras ugut terhadap rakan dan majikannya selama beberapa tahun. Terdapat juga dakwaan bahawa dokumen tersebut telah dipinda. Kakitangan itu kemudiannya disabitkan kesalahan di mahkamah Thailand atas tuduhan peras ugut.

2. PetroSaudi dimiliki oleh Tareq Obaid dan Putera Turki bin Abdullah yang pada ketika itu adalah anak ketujuh dan kesayangan Raja Abdullah serta memegang jawatan Gabenor Riyadh, wilayah paling besar di Arab Saudi dan juga ibu kota negara itu.

3. Pada masa itu, kami juga bertanya kepada PetroSaudi adakah benar segala dakwaan yang tersebar ketika itu. PetroSaudi menjawab melalui satu surat rasmi menyatakan ia adalah palsu dan GoodStar adalah dan sentiasa di bawah pemilikan PetroSaudi (lihat surat lampiran).

4. Ketika itu, apa juga pembayaran yang dibuat kepada PetroSaudi telah dikembalikan beserta dengan keuntungan dalam bentuk unit dana. Unit itu dijamin oleh Aabar Corpration dan dimiliki IPIC, yang memiliki aset dua kali ganda lebih besar dari Khazanah.

5. Juruaudit bagi 1MDB telah mengesahkan nilai unit berkenaan dan tidak menyatakan jaminan Aabar itu tidak wujud. Juruaudit ini adalah antara 4 syarikat audit terbesar di dunia.

6. Begitu juga dengan peguam-peguam ternama seperti Wong and Partners yang diupah oleh 1MDB untuk menyediakan perjanjian dan meneliti transaksi 1MDB dengan syarikat-syarikat asing ini. Mereka tidak pernah menyuarakan ada yang tidak betul.

7. Lanjutan daripada pertemuan Tong pada Mac 2015 itu, kita turut melaksanakan perjanjian penyelesaian pada Jun 2015 dengan IPIC dan menukar unit dana ini dengan IPIC mengambilalih bon US$3.5 bilion. Saya sendiri menghubungi putera raja UAE dan baginda segera membayar US$1 bilion kepada 1MDB sebagai memulakan proses itu.

8. Ketika itu, tiada petunjuk bahawa jaminan unit atau jumlah yang dibayar 1MDB kepada Aabar BVI adalah satu penipuan. Namun, hanya pada penghujung 2015, IPIC mempertikai jaminan itu atau menafikan sebagai pemilik Aabar. Dan ini terjadi selepas orang kuat putera raja UAE, Khadem Al Qubaisi dipecat dari jawatannya sebagai Pengarah Urusan di IPIC.

9. Selain perjanjian penyelesaian dengan IPIC itu, kerajaan turut memulakan siasatan PAC dan pengauditan 1MDB.

Apa yang saya jelaskan di atas adalah keadaan yang berlaku selepas Tong memberitahu saya pada Mac 2015.

Ya, hari ini Tong mungkin betul tetapi pada ketika Mac 2015, ia adalah perkataannya dan bersandarkan kepada dakwaan seorang kakitangan yang tidak berpuashati berbanding dengan apa dijelaskan oleh seorang governor Riyadh dan putera raja Arab Saudi yang bertakhta, juruaudit antarabangsa dan daripada pengurusan tertinggi Aabar.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top