.... Jangan Gunakan JAKIM Benteng Pertahan ICERD | AAKJ



Pemuda UMNO menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa agar berhenti menggunakan platform JAKIM untuk mempertahankan ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) yang jelas boleh menghakis kedaulatan Islam. 

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, “Saya amat terkilan dengan sikap Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Dr Mujahid Yusof Rawa yang bersungguh-sungguh mempertahankan ICERD. 

Lebih mendukacitakan apabila menggunakan platform JAKIM yang sepatutnya menjadi benteng terakhir mempertahankan kedaulatan Islam dan bukannya benteng mempertahankan ICERD.” Ujarnya lagi, YB Menteri Datuk Seri Mujahid bertanggungjawab dalam hal ehwal Agama dan mempertahankan agama Islam. 

Menggesa Malaysia meratifikasi ICERD yang tidak sesuai dengan demografi masyarakat Malaysia menggunakan platform JAKIM hanya akan menyebabkan kesucian agama Islam dicurigai dan disangsi. 

“Antara desakan Jawatankuasa ini termasuklah mengarahkan Arab Saudi menarik balik pengecualian berkenaan prinsip Syariah, mempertikaikan amalan Indonesia meletakkan status agama dalam kad pengenalan, mempertikaikan status agama anak kepada ibu bapa yang memeluk Islam di Iraq, dan banyak lagi isu-isu yang menyentuh agama dicetuskan oleh Jawatankuasa yang bertanggungjawab memastikan negara-negara yang meratifikasi ICERD benar-benar mematuhi setiap peruntukan dalam ICERD.” 

Oleh yang demikian, Dr Asyraf Wajdi bertegas agar YB Dr Mujahid mempertahankan kewibawaan JAKIM sekaligus mempertahankan kesucian agama Islam dengan tidak menggunakan JAKIM sebagai platform mempertahankan ICERD. “Sudah terang lagi bersuluh bahawa menggesa Malaysia untuk meratifikasi ICERD adalah seperti menjerat negara kepada acuan antarabangsa yang hakikatnya mampu merobek kedaulatan negara, menghakis kedudukan Islam dan Bumiputera, bahkan tidak sesuai dengan realiti demografi kepelbagaian agama dan kaum yang hidup aman dan harmoni selama ini.” 

“Amat malang jika JAKIM yang selama ini diyakini kewibawaannya mempertahankan kesucian Islam mula dicurigai dan disangsi lantaran sikap Menteri yang lebih banyak dilihat menjadi benteng mempertahankan DAP dan Golongan Liberal dalam Pakatan Harapan.”

Read more at: https://www.menara.my/jangan-gunakan-jakim-benteng-pertahan-icerd-dato-dr-asyraf-wajdi-dusuki/

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top