.... 'Harga sawit jatuh, tak pernah berlaku ketika saya jadi PM' - Najib Razak | AAKJ



Hari Sabtu lepas, saya telah membuat hantaran mengenai harga buah tandan segar (BTS) kelapa sawit yang jatuh dengan teruk berbanding hari yang sama tahun lepas.

Malangnya, harga ini terus jatuh sebanyak 10% lagi setelah turun setiap hari untuk minggu lepas.

Tahun lepas harga rasmi BTS gred C di Sabah sebanyak RM566 satu tan tetapi telah jatuh kepada RM349 se tan minggu lepas.

Semalam, harga ini jatuh lagi kepada RM311 satu tan. Satu angka rendah yang saya tidak pernah lihat selama 9 tahun saya sebagai Perdana Menteri.

Lebih parah lagi ialah harga masih dijangka menurun dan tidak mustahil jika harga rasmi BTS jakan di bawah RM300 tidak lama lagi.Foto: Page Najib Razak

Tolak kos racun, baja dan kos pekerja, pekebun masih ada untung lagi?

Menteri pertanian dan kerajaan PH buat apa selain mengeluarkan kenyataan mengeliru bahawa ekspot ada naik walaupun jelas ekspot dan harga telah tiba-tiba menurun dengan drastik selepas PRU14 berbanding tahun lepas.

Berjuta ahli keluarga dari golongan pekebun kecil ini sedang merana ketika ini. Berjuta pekebun, peneroka, nelayan, kontraktor kecil dan peniaga kecil berdepan kesusahan pada masa yang amat mencabar hari ini.

Pengumuman kerajaan untuk pertumbuhan KDNK (GDP) semalam bagi suku 3 juga mengesahkan dengan rasminya bahawa sektor pertanian negara kini di dalam kemelesetan ekonomi setelah mengalami penyusutan KDNK untuk dua suku berturut bagi sektor ini

Ekonomi luar bandar kini menghadapi tekanan sangat serius.

Pada masa seperti inilah, sebuah kerajaan penyayang akan menambah bantuan kepada golongan seumpama ini.

Tetapi Pakatan Harapan melakukan sesuatu yang bertentangan. Bantuan bukan ditambah, sebaliknya dipotong hingga 50 peratus dan ada yang dihapuskan terus.

Langsung tidak masuk akal.

Kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak menerusi Facebook beliau.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top