.... Foto Serang One City USJ: Ada individu berucap sebelum rusuhan | AAKJ



Serangan ke atas bangunan milik pemaju, One City Development Sdn. Bhd. (One City) dan kecederaan dialami seorang anggota Bomba semalam, dipercayai tercetus selepas ucapan oleh beberapa individu di dalam kuil.

Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran berkata, pihaknya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan lanjut berkenaan individu-individu yang dipercayai mengarahkan perusuh untuk keluar melakukan serangan.

"Saya merayu kepada PDRM, khususnya kepada Ketua Polis Negara untuk meneliti kejadian semalam. Siapakah yang memberi ucapan sebelum hal ini menjadi luar kawalan.

"Kerana yang saya tahu ada pihak-pihak tertentu yang telah membuat ucapan di dalam kuil dan selepas itu mengarahkan semua keluar kuil untuk pergi ke One City," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Yang Dipertuan Dewan Negara, Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, cermin dan pintu masuk bangunan syarikat pemaju itu pecah dipercayai dilakukan oleh kumpulan perusuh yang berarak dari Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya dekat sini, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi itu turut menyaksikan sebuah kereta jenis Toyota Velfire dirosakkan oleh kumpulan perusuh berkenaan. - UTUSAN ONLINE




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top