.... Bomba mohon polis siasat dakwaan Adib dilanggar | AAKJ



Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menafikan kenyataan yang mendakwa anggotanya, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, cedera akibat dilanggar jentera bomba.

Susulan itu, pengarahnya, Azmi Osman membuat satu laporan di Balai Polis USJ 8, di sini kira-kira pukul 9 malam tadi.

Menurut Azmi, kenyataan yang dikeluarkan individu terbabit adalah tidak benar dan beliau mahu pihak berkuasa melakukan siasatan.

“Saya sudah bercakap dengan anggota yang berada di lokasi kejadian dan mereka memberitahu hal sebenar.

“Individu yang memberi kenyataan itu tidak berada sewaktu insiden berlaku dan bercakap hanya berdasarkan video sahaja,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Hari ini, Setiausaha Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, VK Ragu mendakwa Muhammad Adib dilanggar ketika jentera bomba berundur daripada operasi memadam api. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/bomba-mohon-polis-siasat-dakwaan-adib-dilanggar-1.795897#ixzz5YAIxjyEV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top