.... Ada Pemimpin Kanan PKR Perlekeh Usaha Jadikan Anwar Sebagai PM | AAKJ



Rafizi Ramli mendakwa pemimpin kanan bertindak memperlekehkan usaha untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Lebih buruk lagi Rafizi berkata, perkara itu tidak patut dibincangkan secara terbuka dalam aplikasi Whatsapp dan Facebook.

“Saya kecewa ada pemimpin kanan bincang dalam Whatsapp dan buat posting dalam Facebook pertikai usaha nak angkat Anwar jadi PM-8 ke,”katanya.

Tegasnya keterbukaan dalam memperlekeh dan mempertikaikan kemampuan Anwar menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad tambahnya, hanya akan memberi ruang kepada pihak luar untuk mengeruhkan situasi dalaman PKR.

“Beza pendapat boleh tapi tidak boleh bab siapa nak jadi Perdana Menteri yang seterusnya.

“Beza pendapat sehingga kita beri ruang dan peluang orang luar serang PKR, jadi saya minta hentikanlah,”katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan Ke-13 2018 di IDCC.-SuaraTv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top