.... Pengurusan Punca Masalah Felda Berterusan | AAKJ



Sudah tiga Pengerusi Felda telah ditukarkan, Pengarah Besar juga telah bersilih ganti namun kebal sungguh kuasa pengurusan tertinggi mereka. Mereka ini umpama malaikat.

Pengurusan tidak disentuh, apa sebenarnya peranan orang pengurusan ini, sedangkan orang lain dah berubah.

Sejak dahulu masalah Peneroka Felda ialah pembayaran lambat, kira hutang peneroka tidak betul, penyata hutang peneroka tidak sistematik, rumah generasi kedua terbengkalai dan banyak tempat tanah masih tidak dipindah milik kepada peneroka.

Ini semua bukan salah peringkat polisi tetapi peringkat pelaksana dasar. Buatlah apa polisi pun kalau pengurusan kanan Felda tidak dirombak dan diberi kepada mereka yang profesional, selagi itulah Felda akan berada dalam keadaan "bad shape" dan peneroka akan terus merana.

Tolonglah Felda, kerajaan buat keputusan tepat, jangan letak orang yang tidak sepatutnya di tempat yang boleh menjahanamkan agensi kerajaan ini.

Felda hak rakyat, bila Felda gagal, habislah peneroka yang boleh dikatakan kesemuanya Melayu-Islam.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    Note: only a member of this blog may post a comment.

     
    Top